Selamat Datang Ke Blog SK Convent Pulau Tikus, Pulau Pinang

Friday, March 27, 2009

Hari Sukan SK Convent Pulau Tikus Tahun 2009 (27 Mac)

Slideshow Foto-Foto Hari Sukan SKCPT
(27 Mac 2009):

*Letak Cursor Pada Gambar Untuk Statik



--Slideshow by Cikgu Nabil 09--

Tuesday, March 24, 2009

Pertandingan Tilawah Al - Quran (7 Mac 2009) Di SK Convent Pulau Tikus

Slidehow Beberapa Foto Yang Berkaitan:

* Letak Cursor Pada Foto Untuk Statik



--Slideshow by Cikgu Nabil 09--

Monday, March 23, 2009

Moto Sekolah

MOTO SEKOLAH

Moto SK Convent Pulau Tikus ialah 'TULUS DENGAN FADILAH, AZAM DENGAN BAKTI'. 'Tulus dengan fadilah' membayangkan murid-murid Convent yang sentiasa berbudi dan tidak angkuh ataupun menindas orang lain. Kita harus sentiasa mengamalkan sifat yang manis dan berbudi. Kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan atas sebarang kejayaan yang dicapai. Sikap bangga atau bongkak seseorang hendaklah dihindari dan segala bakat yang ada harus digunakan untuk memberi bimbingan dan pertolongan kepada orang yang kurang berbakat. Ini akan menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk didiami.
'Azam dengan bakti' bermakna kita mesti berusaha dengan tekun dalam segala kewajipan kita walaupun ia nampak kecil atau kurang penting. Kewajipan seseorang murid ialah memuja mengikut agama masing-masing, hormat-menghormati ibu bapa, guru dan orang-orang yang lebih tua, mematuhi segala peraturan dan undang-undang sekolah dan yang paling penting sekali ialah belajar dan berusaha dengan tekun.
Melalui motto sekolah ini, sekolah akan dapat menghasilkan warganegara yang lebih bertanggungjawab dan berbudi di masa hadapan.

Lagu Sekolah

SK CPT terus maju

Dengan tekad azam dan bakti

Melahirkan insan yang padu

Berintelek dan berharmoni

Azam tulus dengan fadilah

Gigih dengan bakti

Murid berbakti dan berdisiplin

CPT terus maju

SK CPT terus maju

Dengan tekad azam dan bakti

Melahirkan insan yang padu

Berintelek dan berharmoni

Lencana Sekolah

LENCANA SEKOLAH

Lencana Sekolah Convent Holy Infant Jesus berwarna merah. Di tengahnya terdapat satu jalur perak merentangi dari sudut kiri sebelah atas ke sudut kanan di bawah. Di kiri kanan jalur ini terdapat corak yang berwarna kuning. Di atas sebelah kanan terdapat sebuah Kitab Injil dan di bawah sebelah kiri terdapat sebuah alat pemintal benang. Perisai yang dahulunya mempunyai palang yang berwarna kuning emas di bahagian atas telah digantikan dengan satu bintang yang dikelilingi oleh kalungan bunga Marguerite dengan cogan kata:


TULUS DENGAN FADILAH, AZAM DENGAN BAKTI

Jalur di tengah lencana melambangkan kasih sayang Tuhan terhadap alamnya. Kitab Injil melambangkan agama Kristian. Alat pemintal benang melambangkan kesungguhan pelajar sekolah untuk belajar. Kalung bunga melambangkan kesucian dan kejujuran yang ditunjukkan kepada Tuhan, jiran tetangga dan diri kita sendiri. Bintang melambangkan sinaran cahaya yang menggalakkan kita memenuhi prinsip-prinsip Rukunegara.

Piagam Sekolah

PIAGAM SEKOLAH

Kami berjanji akan berikhtiar
supaya anak murid sekolah ini
dapat menyerap segala pengajaran kami
yang berdasarkan falsafah pendidikan negara
untuk menjadi seorang yang berdisiplin,
bijak rajin, kreatif dan inovatif
serta berpegang teguh
pada kepercayaan kepada Tuhan
dan mereka dapat hidup berdikari
dan menyesuaikan diri dalam masyarakat

Visi & Misi Sekolah

VISI SEKOLAH


MENINGKATKAN KUALITI PRESTASI UPSR SEKOLAH SUPAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG !

MISI SEKOLAH

1. Mewujudkan kumpulan kerja bagi merealisasikan visi dengan berpandukan P & P yang berkesan.

2. Mewujudkan budaya rajin berusaha dalam kalangan murid sekolah.

3. Mewujudkan budaya bekerja yang efisyen antara staf sekolah.

4. Mendapatkan kerjasama dan sokongan daripada

PIBG dan seterusnya dari semua ibubapa.

Sejarah Sekolah

SK Convent Pulau Tikus dibuka sebagai sebuah sekolah persendirian dalam tahun 1922 oleh Reverend Mother St. Hermine. Beliau telah memperoleh sebuah bangunan kecil di sebelah gereja 'The Immaculate Conception' untuk dijadikan sekolah ini. Pada ketika itu, hanya terdapat lima buah bilik darjah dan bilangan muridnya adalah kurang daripada seratus orang. Pada tahun 1930, empat buah bilik darjah ditambah kerana jumlah murid telah meningkat kepada dua ratus lima puluh orang. Murid-murid yang tamat dan lulus peperiksaan Darjah Enam akan melanjutkan pelajaran mereka di Sekolah Menengah Convent Light Street sehinggalah tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941.

Selepas Perang Dunia Kedua, bilangan murid bertambah ramai dan sebuah bangunan yang baru terpaksa dibina. Pada tahun 1950, sebuah bangunan baru telah dibina kira-kira lima meter di seberang jalan dari bangunan lama. Bangunan baru ini mengandungi tiga belas buah bilik darjah, sebuah perpustakaan dan sebuah bilik guru. Mulai tahun 1960, bangunan lama digunakan sebagai sekolah rendah sementara bangunan baru digunakan sebagai sekolah menengah. Oleh sebab kekurangan bilik darjah, tiga kelas Darjah Enam terpaksa dijalankan di sekolah menengah pada sesi petang.

Hasil dari kerjasama dan usaha semua pihak, sebuah sebuah blok baru satu tingkat yang mempunyai tiga buah bilik telah dibina pada tahun 1979. Tingkat kedua yang juga mempunyai tiga buah bilik darjah telah ditambah pada tahun 1981. Kini semua kelas sekolah rendah dapat dijalankan di bangunan yang sama. Sebuah perpustakaan baru, siap dibina pada tahun 1988. Pada masa ini, SK Convent Pulau Tikus mempunyai lapan belas kelas yang dijalankan dalam dua sesi.

Sekolah Kebangsaan Convent Pulau Tikus telah ditukarkan status dari sekolah bantuan kerajaan kepada Sekolah Kerajaan oleh Kementerian mengikut surat KP(BPPDP)s.700/099/P/SK-011/005(24) bertarikh 1 September 2005.

Profil Sekolah

  • Kod sekolah : PBB1019
  • Gred : A
  • Alamat : 1A Lorong Maktab, 10250 P. Pinang
  • Guru Besar : Pn. Lee Guat See
  • PK1 : Pn. Seah Siew Yong
  • PK HEM : Pn. Lucy Khor
  • PK Kokurikulum : Pn. Mariah Bt Sulaiman
  • PK Petang: En. Ganggatharun
  • Bil. Guru lelaki : 2
  • Bil. Guru Perempuan : 39
  • Bil. Murid Perempuan : 502