![]() |
From Recently Updated |
Saturday, October 3, 2009
Thursday, July 16, 2009
Tuesday, July 14, 2009
UJIAN BULANAN (JULAI)
Monday, April 20, 2009
Tahniah!
Wednesday, April 8, 2009
Senarai Kakitangan Sekolah SKCPT
SEK. KEB. CONVENT PULAU TIKUS
SESI PAGI
1. Pn. Lee Guat See (Guru Besar)
2. Pn. Seah Siew Yong (Pen. Kanan 1 )
3. Pn. Lucy Khor Siew Bee (Pen. Kanan HEM)
4. Pn. Mariah Bt Sulaiman (Pen. Kanan KK)
5. Cik Ng Yuet Theng (6B)
7. Pn. Koay Siew Leng (6K)
8. Pn. Siti Rakiah Bt. Mat Isa (5B)
9. Pn. Hasimah Binti Ramli (5M)
10. Pn. Mashita Bt Abu Osman (5K)
11. Pn. Neoh Kwee Bian (4B)
12. Pn. Tan Woon Woon (4M)
13. Pn. Robiatuadawiyah Bt. Makhtar (4K)
14. Pn. Zawiyah Bt. Ismail (Guru Agama)
16. Cik Nor Shahireen Binti Yusoff Azmi (Guru ICT)
17. Pn. Suhaizan Bt Yahaya (Guru B. & Kaunseling)
18. Pn. Norliza Bt Sabarudin (Guru Pemulihan Khas)
19. Pn. Rahmah Bee Saiboo (Guru Pra Sekolah)
20. Pn. Yong Swee Lean (Guru Pusingan)
21. Pn. Wee Gim Shee (Guru Pusingan)
SESI PETANG
24. En. Ganggatharun A/L Kuppusamy (Pen. Kanan Petang)
25. Pn. Ng Siew Peng (3B)
26. Pn. Azawati Bt Mansor (3M)
27. Pn. Jasliza Bt Jamaludin (3K)
28. Pn. Noor Aziah Bt Jamil (2B)
29. Cik Malarvelli a/p Ramanathan (2M)
30. Pn. Rafidah Aziah Bt. Idris(1B)
31. Pn. Suhana Binti Othman (1M)
34. Pn. Nor Sheila Ainun Bt Mat Jusoh (Guru JQaf)
35. Pn. Muhariati Bt Muhamad (Guru JQaf)
36. Pn. Nor Ezrina Bt Noor (Guru JQaf)
39. Pn. Norhafiza Bt A. Rahman (Guru Pusingan)
KAKITANGAN
1. Cik Zawariah Bt. Zabidi (Peg. Tadbir)
2. Pn. Murhaya Bt. Basry (PTR)
3. En. Zamberi Asmady B. Muhamad (PAR)
Friday, March 27, 2009
Tuesday, March 24, 2009
Monday, March 23, 2009
Moto Sekolah
MOTO SEKOLAH
Moto SK Convent Pulau Tikus ialah 'TULUS DENGAN FADILAH, AZAM DENGAN BAKTI'. 'Tulus dengan fadilah' membayangkan murid-murid Convent yang sentiasa berbudi dan tidak angkuh ataupun menindas orang lain. Kita harus sentiasa mengamalkan sifat yang manis dan berbudi. Kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan atas sebarang kejayaan yang dicapai. Sikap bangga atau bongkak seseorang hendaklah dihindari dan segala bakat yang ada harus digunakan untuk memberi bimbingan dan pertolongan kepada orang yang kurang berbakat. Ini akan menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk didiami.
'Azam dengan bakti' bermakna kita mesti berusaha dengan tekun dalam segala kewajipan kita walaupun ia nampak kecil atau kurang penting. Kewajipan seseorang murid ialah memuja mengikut agama masing-masing, hormat-menghormati ibu bapa, guru dan orang-orang yang lebih tua, mematuhi segala peraturan dan undang-undang sekolah dan yang paling penting sekali ialah belajar dan berusaha dengan tekun.
Melalui motto sekolah ini, sekolah akan dapat menghasilkan warganegara yang lebih bertanggungjawab dan berbudi di masa hadapan.
Lagu Sekolah
Dengan tekad azam dan bakti
Melahirkan insan yang padu
Berintelek dan berharmoni
Azam tulus dengan fadilah
Gigih dengan bakti
Murid berbakti dan berdisiplin
CPT terus maju
SK CPT terus maju
Dengan tekad azam dan bakti
Melahirkan insan yang padu
Berintelek dan berharmoni
Lencana Sekolah
LENCANA SEKOLAH
TULUS DENGAN FADILAH, AZAM DENGAN BAKTI
Jalur di tengah lencana melambangkan kasih sayang Tuhan terhadap alamnya. Kitab Injil melambangkan agama Kristian. Alat pemintal benang melambangkan kesungguhan pelajar sekolah untuk belajar. Kalung bunga melambangkan kesucian dan kejujuran yang ditunjukkan kepada Tuhan, jiran tetangga dan diri kita sendiri. Bintang melambangkan sinaran cahaya yang menggalakkan kita memenuhi prinsip-prinsip Rukunegara.
Piagam Sekolah
PIAGAM SEKOLAH
supaya anak murid sekolah ini
dapat menyerap segala pengajaran kami
yang berdasarkan falsafah pendidikan negara
untuk menjadi seorang yang berdisiplin,
bijak rajin, kreatif dan inovatif
serta berpegang teguh
pada kepercayaan kepada Tuhan
dan mereka dapat hidup berdikari
dan menyesuaikan diri dalam masyarakat

Visi & Misi Sekolah
VISI SEKOLAH
MENINGKATKAN KUALITI PRESTASI UPSR SEKOLAH SUPAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG !
MISI SEKOLAH
1. Mewujudkan kumpulan kerja bagi merealisasikan visi dengan berpandukan P & P yang berkesan.
2. Mewujudkan budaya rajin berusaha dalam kalangan murid sekolah.
3. Mewujudkan budaya bekerja yang efisyen antara staf sekolah.
4. Mendapatkan kerjasama dan sokongan daripada
PIBG dan seterusnya dari semua ibubapa.
Sejarah Sekolah
Selepas Perang Dunia Kedua, bilangan murid bertambah ramai dan sebuah bangunan yang baru terpaksa dibina. Pada tahun 1950, sebuah bangunan baru telah dibina kira-kira lima meter di seberang jalan dari bangunan lama. Bangunan baru ini mengandungi tiga belas buah bilik darjah, sebuah perpustakaan dan sebuah bilik guru. Mulai tahun 1960, bangunan lama digunakan sebagai sekolah rendah sementara bangunan baru digunakan sebagai sekolah menengah. Oleh sebab kekurangan bilik darjah, tiga kelas Darjah Enam terpaksa dijalankan di sekolah menengah pada sesi petang.
Hasil dari kerjasama dan usaha semua pihak, sebuah sebuah blok baru satu tingkat yang mempunyai tiga buah bilik telah dibina pada tahun 1979. Tingkat kedua yang juga mempunyai tiga buah bilik darjah telah ditambah pada tahun 1981. Kini semua kelas sekolah rendah dapat dijalankan di bangunan yang sama. Sebuah perpustakaan baru, siap dibina pada tahun 1988. Pada masa ini, SK Convent Pulau Tikus mempunyai lapan belas kelas yang dijalankan dalam dua sesi.
Sekolah Kebangsaan Convent Pulau Tikus telah ditukarkan status dari sekolah bantuan kerajaan kepada Sekolah Kerajaan oleh Kementerian mengikut surat KP(BPPDP)s.700/099/P/SK-011/005(24) bertarikh 1 September 2005.
Profil Sekolah
- Kod sekolah : PBB1019
- Gred : A
- Alamat : 1A Lorong Maktab, 10250 P. Pinang
- Guru Besar : Pn. Lee Guat See
- PK1 : Pn. Seah Siew Yong
- PK HEM : Pn. Lucy Khor
- PK Kokurikulum : Pn. Mariah Bt Sulaiman
- PK Petang: En. Ganggatharun
- Bil. Guru lelaki : 2
- Bil. Guru Perempuan : 39
- Bil. Murid Perempuan : 502